Mahir Prompt Engineer Minggu Keempat – Ai Untuk Penyelidikan Dan Penulisan Laporan
4 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2026, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Mahir Prompt Engineer Minggu Keempat – Ai Untuk Penyelidikan Dan Penulisan Laporan .Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau, berlangsung selama 1 Jam 30 minit, bermula pada 10.00 pagi hingga 11.30pagi.
Pada sesi Kursus NADI Mahir Prompt Engineer Modul 4, peserta telah didedahkan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penyelidikan, analisis data dan penulisan laporan. Peserta mempelajari penggunaan aplikasi seperti NotebookLM, Gemini, ChatGPT dan Z.ai untuk mendapatkan serta mengurus sumber penyelidikan, menganalisis data dan menghasilkan laporan yang lebih sistematik. Peserta turut mempelajari struktur laporan yang merangkumi ringkasan eksekutif, pengenalan, metodologi, analisis, perbincangan, kesimpulan, cadangan dan rujukan. Selain itu, teknik menghasilkan arahan atau prompt yang sesuai turut diterangkan bagi membantu AI memberikan hasil analisis yang lebih tepat. Pembelajaran ini dapat meningkatkan kemahiran peserta menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan penyelidikan dan laporan secara lebih cekap, tersusun dan profesional.
Webinar ini dilihat mampu untuk memberi pendedahan awal kepada kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi. Meningkatkan literasi digital dan mengembangkan hobi menjadi pendapatan. Selain itu, menggalakkan minat dan penyertaan dalam program lanjutan. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: